Monday 21 January 2013

Kisah Hidup Proton Wira

Sapa tahu Proton Wira??? (Bahagian II - Akhir)

Dalam entry sebelum ini,ku ada terangkan kat korang semua tentang Proton Wira tahun 1993.Ku dah upload gambar,sejarah2 kereta ini tapi ku lupa satu benda...benda tu ialah video.Video iklan kereta Proton Wira tahun 1993. Iklan ini kalo korang tengok,mesti korang kata "Tak Best Pon!!!"...dan kata2 ku "Memanglah..XD".OK video kat bawah.Kalo korang nak tengok silakan kalo tak nak,Tak Payah!!! XD



Sambung balik cerita Proton Wira ini.Sebelum ku ada kata yang Proton Wira dicipta untuk peminat2 Ralli kat MALAYSIA ini.Ada tak korang terfikir siapa pemandu Rallli kat MALAYSIA ini.Haaa meh sini ku bagitau kat smua habak hang(cakap Kedah).OK nama pemain Ralli kat MALAYSIA ini ialah KARAMJIT SINGH.Sapa dia ni??? Haa ni yg nak bagitau ni.Karamjit Singh adalah seorang pemain Ralli Professional Malaysia.Beliau merupakan pemandi Asia pertama memenangi  Pertandinagan Kejuaraan Kereta Sedunia dalam Fédération Internationale de l'Automobile (FIA) dalam percubaan pertamanya.Fuhh ku cakap dia ni dasyat giler.Apa,gambar dia?? (Sila lihat dibawah ^_^)


(Ni la dia,Karamjit Singh..JUARA RALLI MALAYSIA)


(Ini rupa Karamjit Singh tahun 2012 dengan berpakaian Kumpulan Proton R3)


Fuhhh bole tahan gak muka Mr. Karamjit Singh ini...tapi hensem lagi PakCikDrift(saje je ^_^). OK la,kalo korang nak tau dia bawak kereta Ralli guna Proton Wira tau.Proton Wira dia(Kramjit Singh) mampu mengalahkan kereta Mitsubishi Lancer Evolution III buatan Original Jepun tu.PakCikDrift dapat cerita ini dari ridinstylin.blogspot.com.Fuhh memang dasyat kereta buatan Malaysia ini.Bangga PakCikDrift.Macam mana rupa kereta Karamjit Singh ni??? (Sila lihat gambar dibawah ^_^)










Bermula dari tahun 1993 sehingga tahun 2007,Proton Wira betahan sehingga ke saat akhirnya.Bermula tahun 2006,Proton mula keluarkan model Proton Wira yang baru,Proton Wira S.E atau Proton Wira Special Edition.Apa yang special sangat?? S.E bermaksud Edisi Khas dlam Bahasa Malaysia.Apa yang baru kat Proton Wira ini ialah dia ada SportRim 17' 5 Star buatan Proton sendiri & cover set atau DashBoard dia Proton ubah suai jadi warna merah...lagi2 DashBoard Meter dia.Merah menyala ko...XD
(Sila lihat gambar dibawah ^_^)

(Ni la rupanya Proton Wira SE tahun 2006)


                                 (Ni la rupanya Proton Wira tahun 2006 yang ada spoiler)


(Ni pulak DashBoard Proton Wira SE)


(Ni Enterior dalam Proton Wira SE tahun 2006)



Proton Wira SE merupakan produk atau automobil terakhir Proton Wira sepanjang tahun 1993 hingga tahun 2007.Generasi Proton Wira tidak tamat disini sahaja & ada pengganti.Macam lagu teman pengganti - Black ft. Malique...XD.Nak tau sapa pengganti Proton Wira???

SILA TUNGGU DI ENTRY YANG BARU AKAN DATANG....HaHaHaHaHaHa.....SABARLAH NANTI PakCikDrift WAT..INSYA-ALLAH ESOK...XD

P/S : Karamjit Singh lahir pada 29 Januari  & PakCikDrift lahir pada 24 Januari....tua lagi PakCikDrift...XD.....Khamis ini Hari Jadi PakCikDrift ....tua dah

Sumber : Sendiri tulislah...XD



Sunday 20 January 2013

Kisah Hidup Proton Wira

Sapa tahu Proton Wira??? (Bahagian I)



Proton Wira memang famous sampai sekarang walaupun korang tahu kereta ni dah lama 'BUILD' masa dulu selepas pengeluaran Proton Saga Sedan & Aeroback.Pengeluaran Proton Saga pada masa memang mendadak sehingga ramai orang memakainya.Kereta Proton Saga masa itu mempunyai enjin 1.3 & 1.5 .Bila dah ramai orang pakai, 'OF COURSE' la time tu ramai nak kereta model baru.Bila Syarikat Proton dah dengar ramai orang cakap nak model baru,Proton pon rancang nak buat model baru.'START' dari sini la Proton beli projek kereta dari syarikat terkemuka didunia masa tu.Syarikat ini pernah menang Pertandingan Rally Dunia(WRC) banyak kali.Nama syarikat ini ialah Mitsubishi Motor Corporation(MMC). 

Haa 'START' sini la,orang Melayu bertungkus lumus bekerja keras untuk rakyat Malaysia.Orang2 atasan Proton pon berfikir "Macam mana nak design bentuk kereta baru Proton ini???"Dan masa tu pulak punyalah ramai orang minat kereta Ralli sebab kereta Ralli ni macam??? Macam mana ku nak terangkan ini??? Haaa,macam hero koranglah...Batman ke,Superman ke,Ultraman ke,tak kisahlah janji hero.OK,balik pada cerita tadi Proton Wira,punyalah hebat time tu cuma masa tu Proton tak hasilkan lagi kereta ala2 jenis Ralli.

  Jadi Proton wat cadangan "Kita beli Design Mitsubishi".Mesti korang terfikir,kenapa beli design??? Inilah cara nak terbaik nak tarik peminat Ralli.Jadi Proton beli design Mitsubishi Lancer Evolution I.Bila dah ada design,mesti kena ada enjin.Enjin jangan risau Mitsubishi berlambak jenis enjin ada dan salah satu yang famous sampai sekarang ialah enjin ni --> 4g15 1.5 SOHC (gambar kat bawah ^_^)



Bila design dah ada,enjin pon dah ada,ini dia yang dinantikan iaitu 1993 PROTON WIRA.Haaa punyalah kembang hidong pakcik tengok kereta ini...fuhhh(gambar kat bawah ^_^ )






OK sambung balik...Kalau korang semua pembaca nak tau la,kereta Proton Wira merupakan kereta paling lama bertahan setakat ini sampai tahun 2013.Hummm...dasyat kot.Ye la,orang beli kereta second hand & modified sehingga menjadi kereta Autoshow.Hahaha.OK,bermula tahun 1995,tahun ini merupakan tahun terbaik bagi ku kalo semua pembaca nak tahu...mula dari tahun ini,Syarikat Proton membeli projek terbesar syarikat jepun,MMC iaitu projek Mitsubishi Lancer Evolution III. Bermula dari sini lahirlah 1995 Proton Wira.Mitsubishi Lancer Evolution III,ramai orang kata "Lan-EvoIII bentuk asal wira ke???"



Memang la(cehh,berlagak pulak -_-'').Bila ramai orang tahu,mestilah korang bleh pakai sparepart Lan-Evo III.Cuba korang tengok,punyalah berlambak Wira sekarang ini.Inilah yang ku maksudkan.Bertahan ke akhir hayat.(Jiwang lak ^_^).Ku lupa lak nak tulis,1995 Proton Wira Aeroback.(Gambar kat bawah ^_^)

                                            (old skool punya gambar...TERBAIKK!!!)
(old skool punya gambar...TERBAIKK!!!)
 (old skool punya gambar...TERBAIKK!!!)

Bersambung lagi disambungan kedua..tunggu dululah tengah susun ayat ni.Nanti korang rasa tak best baca.Untuk peminat kereta semua tunggu ye..insya-Allah malam ini ku wat...sabar  ^_^




P/S : Punyalah dasyat pemikiran Proton time tu,Proton macam tau2 je time tu ku minat Mitsubishi Lancer Evolution III...XD

Sumber : Sendiri tulislah...XD







Gambar curi kereta baru Proton P3-22A


Bukti Proton membuat kereta 5-pintu Hatchback Preve (MPV)




Gambar curi baru Proton P3-22A Preve Hatchback mungkin merupakan automobil baru Proton dari apa yang kita dapat lihat setakat ini.Mereka(pengambil gambar ini) telah berjaya menangkap gambar ini sepanjang laluan dari Genting Highlands ke Lebuhraya Duke dan kemudian menyertai sehingga ke NKVE.

Menurut Akmal(penangkap gambar & penulis PAULTAN.Org),Proton Preve Hatchback(Proton P3-22A) jika dilihat salah satu gambar itu anda perasan bentuknya separuh bentuk Proton Preve yang mempunyai Hatchback.Automobil baru Proton ini digelar Proton P3-22A dan pada waktu itu ramai yang mengambil kesempatan mangambil gambar baru Proton ini.

Automobil baru Proton ini pada bila-bila masa sahaja akan keluar untuk pasaaran namun buat masa sekarang Proton Peve Hatchback(Proton P3-22A) masih dalam ujian jalan raya.

Sila lihat gambar di bawah sebagai bukti Akmal(penulis PAULTAN.Org) berjaya menangkap seberapa banyak gambar dari pelbagai sudut,termasuk sudut yang dipenuhi ramai mengambil kesempatan mangambil gambar.Ini sahaja setakat ini.Jika ada lagi informasi mengenai kereta ini atau kereta baru Proton yang lain,insya-Allah & saya akan cuba update blog ini.

Sekian,wassalam & trimas ^_^









P/S: Syarikat Proton bukan curi design kereta lain tetapi Syarikat Proton beli design dari syarikat lain.Setakat ini hasil kerja design Proton sendiri ialah bentuk Persona,Gen-2,Exora & Preve. ^_^

Sumber : PAULTAN.Org





Thursday 17 January 2013

Intro & Pengenalan ^_^

Intro & Pengenalan ^_^

Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia



Sebagai Intro...orang gelar saya SyafiqSR,kalo x nak panggil SyafiqSR pon x apa sebab orang ramai panggil saya PakCik.Kenapa panggil pakcik??? Sebabnya saya lahir pada bulan JANUARI & tu sebab ramai panggil pakcik...XD

Ok...sebab buat blog ini???nak share minat saya tentang kereta...kadang2 mcm kereta jumpa...cuma x tau nak share kat mana...kalo FB tu semua orang nak pakai AutoLike,rasa macam x ori lak.Twitter??? lagi lah orang x layan...dengar2 orang cerita Blog ni macam share minat diri terhadap sesuatu...


Jadi la rasa nak wat blog sendiri pasal kereta jadi korang tunggu je la...nanti ku upload macam kat sini...x de benda???biasa la baru buat...XD

ok...tunggu beberapa hari lagi ku upload...

Sekian,Wassalam...