Monday 21 January 2013

Kisah Hidup Proton Wira

Sapa tahu Proton Wira??? (Bahagian II - Akhir)

Dalam entry sebelum ini,ku ada terangkan kat korang semua tentang Proton Wira tahun 1993.Ku dah upload gambar,sejarah2 kereta ini tapi ku lupa satu benda...benda tu ialah video.Video iklan kereta Proton Wira tahun 1993. Iklan ini kalo korang tengok,mesti korang kata "Tak Best Pon!!!"...dan kata2 ku "Memanglah..XD".OK video kat bawah.Kalo korang nak tengok silakan kalo tak nak,Tak Payah!!! XD



Sambung balik cerita Proton Wira ini.Sebelum ku ada kata yang Proton Wira dicipta untuk peminat2 Ralli kat MALAYSIA ini.Ada tak korang terfikir siapa pemandu Rallli kat MALAYSIA ini.Haaa meh sini ku bagitau kat smua habak hang(cakap Kedah).OK nama pemain Ralli kat MALAYSIA ini ialah KARAMJIT SINGH.Sapa dia ni??? Haa ni yg nak bagitau ni.Karamjit Singh adalah seorang pemain Ralli Professional Malaysia.Beliau merupakan pemandi Asia pertama memenangi  Pertandinagan Kejuaraan Kereta Sedunia dalam Fédération Internationale de l'Automobile (FIA) dalam percubaan pertamanya.Fuhh ku cakap dia ni dasyat giler.Apa,gambar dia?? (Sila lihat dibawah ^_^)


(Ni la dia,Karamjit Singh..JUARA RALLI MALAYSIA)


(Ini rupa Karamjit Singh tahun 2012 dengan berpakaian Kumpulan Proton R3)


Fuhhh bole tahan gak muka Mr. Karamjit Singh ini...tapi hensem lagi PakCikDrift(saje je ^_^). OK la,kalo korang nak tau dia bawak kereta Ralli guna Proton Wira tau.Proton Wira dia(Kramjit Singh) mampu mengalahkan kereta Mitsubishi Lancer Evolution III buatan Original Jepun tu.PakCikDrift dapat cerita ini dari ridinstylin.blogspot.com.Fuhh memang dasyat kereta buatan Malaysia ini.Bangga PakCikDrift.Macam mana rupa kereta Karamjit Singh ni??? (Sila lihat gambar dibawah ^_^)










Bermula dari tahun 1993 sehingga tahun 2007,Proton Wira betahan sehingga ke saat akhirnya.Bermula tahun 2006,Proton mula keluarkan model Proton Wira yang baru,Proton Wira S.E atau Proton Wira Special Edition.Apa yang special sangat?? S.E bermaksud Edisi Khas dlam Bahasa Malaysia.Apa yang baru kat Proton Wira ini ialah dia ada SportRim 17' 5 Star buatan Proton sendiri & cover set atau DashBoard dia Proton ubah suai jadi warna merah...lagi2 DashBoard Meter dia.Merah menyala ko...XD
(Sila lihat gambar dibawah ^_^)

(Ni la rupanya Proton Wira SE tahun 2006)


                                 (Ni la rupanya Proton Wira tahun 2006 yang ada spoiler)


(Ni pulak DashBoard Proton Wira SE)


(Ni Enterior dalam Proton Wira SE tahun 2006)



Proton Wira SE merupakan produk atau automobil terakhir Proton Wira sepanjang tahun 1993 hingga tahun 2007.Generasi Proton Wira tidak tamat disini sahaja & ada pengganti.Macam lagu teman pengganti - Black ft. Malique...XD.Nak tau sapa pengganti Proton Wira???

SILA TUNGGU DI ENTRY YANG BARU AKAN DATANG....HaHaHaHaHaHa.....SABARLAH NANTI PakCikDrift WAT..INSYA-ALLAH ESOK...XD

P/S : Karamjit Singh lahir pada 29 Januari  & PakCikDrift lahir pada 24 Januari....tua lagi PakCikDrift...XD.....Khamis ini Hari Jadi PakCikDrift ....tua dah

Sumber : Sendiri tulislah...XD



2 comments:

  1. Replies
    1. Proton wira..mmg keta nasianal yg pling bjaya..klu still ada baru psti ada org nak kn..yg pntg c99 n nadi 4g93..king of the hill..

      Delete